Friday, 20 December 2013

Apalah Sangat Bahang Twitter

Nay Pyi Taw: Sebaik mengetahui kejayaan Malaysia melangkah ke separuh akhir, sentimen permusuhan terus dibakar di laman sosial dengan pengendali negara Datuk Ong Kim Swee antara yang menjadi tumpuan penyokong Indonessia.
Akaun Twitter rasmi milik Kim Swee ‘diserang’ dengan pelbagai sentimen bagi mengganggu persiapan dan fokus pengendali negara itu menjelang aksi getir malam ini.

Namun Kim Swee menegaskan ia tidak sama sekali menggangu fokusnya untuk merangka persiapan terbaik menentang Garuda Muda di Stadium Zeyer Thiri hari ini.
“Hanya perubahan minimum akan dilakukan (berbanding perlawanan terakhir), dua atau tiga pemain saja akan ditukarkan kerana saya tidak boleh mencuba pemain (pada peringkat ini) walaupun ada yang kepenatan,” kata Kim Swee.

Namun beliau turut menjelaskan aspek kecergasan akan memainkan peranan utama dalam pemilihan pemain dengan beberapa pemain dilihat sentiasa berada dalam kesebelasan utama pada empat perlawanan peringkat kumpulan iaitu Irfan Fazail, A Thamil Arasu, Mohd Fadhli Shas, Shahrul Saad dan penjaga gol Izham Tarmizi Roslan.

Bagaimanapun perancangan Kim Swee pasti terganggu kerana pertahanan kanan K Reuben digantung satu perlawanan apabila mengutip kad kuning kedua menentang Vietnam kelmarin.
Foto
PEMAIN negara fokus ketika sesi memanaskan badan.
“Saya masih belum membuat keputusan sama mahu menggunakan Mohamad Nasir (Basharudin) atau Mohd Azrif Nasrulhaq (Badrul Hisham) untuk posisi itu. Namun dua tahun lalu saya pernah meletakkan pertahanan Asrarudin Putra (Omar) di sayap kiri dan Zubir (Azmi) yang hanya tampil di final saja. Sesiapa saja diturunkan perlu ambil peluang membuktikan kemampuan,” katanya.

Mengenai Indonesia, Kim Swee berkata Garuda Muda tidak boleh dipandang mudah walaupun menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan kerana semangat dan tahap keyakinan mereka pasti tinggi kerana menyingkirkan tuan rumah.
“Malah saya percaya mereka masih belum melupakan kekalahan di final edisi 2011. Ia pasti membangkitkan motivasi tambahan kepada mereka,” katanya.

Indonesia turut membariskan enam pemain dari skuad 2011 seperti Andik Vermansyah dan Diego Michels yang menjadi tumpuan Kim Swee yang mahu menamatkan permainan dalam tempoh 90 minit.

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets