Saturday, 21 December 2013

Usah Pulang Tangan Kosong

Nay Pyi Taw: Lupakan kekecewaan. Itu permintaan pengendali Bawah 23 tahun negara Datuk Ong Kim Swee kepada anak buahnya menjelang perlawanan penentuan tempat ketiga malam ini.
Kim Swee tidak mahu pemain, terutamanya yang bakal meninggalkan Harimau Muda A pulang tangan kosong selepas gagal mempertahankan pingat emas.

“Saya risau pemain kepenatan menentang Singapura selepas terpaksa beraksi ke masa tambahan di separuh akhir selain dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang memaksa mereka mengerah keringat. Namun malam ini adalah perlawanan terakhir, saya minta mereka fokus untuk gapai gangsa,” katanya.
Semua pemain negara cergas untuk diturunkan malam ini di Stadium Zeyer Thiri kecuali Mohd Nasir Basharudin dan Ashri Chuchu yang cedera dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada peringkat kumpulan.

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets