Friday, 27 December 2013

Kapten Liverpool Enggan Dabik Dada

Liverpool: Kapten Liverpool Steven Gerrard enggan mendabik dada dengan kedudukan pasukannya yang kini menghuni tangga teratas Liga Perdana namun mengakui ia pasti sesuatu yang amat mengecewakan jika mereka gagal menamatkan kempen dalam kelompok empat pasukan teratas.
Skuad Reds menerajui tangga teratas liga pada Hari Krismas dengan kelebihan jaringan gol selepas bangkit daripada kekalahan di tangan Hull pada awal bulan ini apabila mencatat empat kemenangan berturut-turut.
Kemampuan mereka untuk mencabar kejuaraan kali ini bakal diuji apabila bertandang ke gelanggang pencabar utama Manchester City awal pagi tadi sebelum menentang Chelsea Sabtu ini.
Gerrard sedar bahawa skuadnya tidak boleh selesa dengan apa yang mereka capai ketika ini.
“Saya fikir kami adalah pencabar kejuaraan jika kami berada dalam kedudukan baik untuk merebut gelaran ketika saingan berbaki 10 lagi perlawanan.

Saya tidak terbawa-bawa dengan kedudukan ketika ini dan saya tidak mengubah sasaran atau meningkatkan harapan penyokong hanya kerana kami bermula baik musim ini.

Kami menjadi antara pencabar kejuaraan pada November dan Disember,” kata pemain tengah itu kepada Sky Sports News.
“Untuk merebut gelaran, anda perlu berada dalam kedudukan terbaik dalam baki 10 lagi perlawanan.

Saya yakin dan percaya dengan kemampuan rakan sepasukan untuk membuat kejutan musim ini.” Bagaimanapun Gerrard yang akan terlepas dua perlawanan Liverpool akibat kecederaan hasmtring dan berharap dapat kembali beraksi menentang Hull untuk menyuntik semangat kelab Merseyside itu mengharungi kempen separuh lagi musim tetap meletakkan sasaran minimum menamatkan saingan empat pasukan teratas liga buat kali pertama dalam tempoh lima musim.
“Kami akan meneruskan impian yang kami tetapkan pada awal musim.

Kami mahu terus memberi saingan dalam Piala FA dan mahu menamatkan kempen liga di kedudukan empat terbaik,” tambahnya.
“Sasaran itu tidak akan berubah hanya kerana kami berada di tangga teratas liga ketika ini.
“Jika kami gagal menduduki kelompok empat pasukan terbaik, saya fikir kami akan kecewa musim ini.
“Misi utama adalah untuk menamatkan saingan dalam kedudukan empat pasukan terbaik, ia akan membantu kewangan kelab dalam membawa masuk pemain baru serta menamatkan penantian sejak sekian lama.” - Daily Mail.

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets