Nay Pyi Taw: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah meningatkan mana-mana pegawai atau pemain jangan mengambil jalan mudah untuk mencapai sesuatu.
Beliau melahirkan rasa dukacita terhadap perkembangan terbaru yang berlaku dalam kancah bola sepak negara apabila kelmarin, tiga pegawai Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) digantung seumur hidup oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM dan denda RM20,000 kerana rasuah dan mengatur keputusan perlawanan.
Manakala lima lagi akan dibicarakan Jawatankuasa Tatatertib pada Jumaat depan se lepas mengaku tidak bersalah.
“Perkara ini juga boleh dibawa ke mahkamah juga. Saya merasa dukacita namun perkara ini berlaku di seluruh dunia, sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
“Jadi saya berharap sesiapa saja selepas ini agar bukan saja berfikir sekali, malah dua kali atau tiga kali. Jangan ambil jalan mudah untuk mencapai sesuatu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) semalam.
Hmetro.com.my