Ipoh: Awang import, Martin Kafando bertekad memberi aksi terbaik
bersama Perak dalam kempen Liga Super tahun depan.
Walaupun membuat penampilan kali pertama tetapi bek tengah dari
Burkina Faso itu sudah mendapat gambaran lanjut cabaran yang menanti selepas
beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan.
“Perak sebuah pasukan muda.
Saya dapat lihat kesungguhan dalam diri setiap pemain.
Walaupun hampir tiada pemain bintang tapi saya yakin kami berupaya memberi cabaran,” katanya.
Walaupun hampir tiada pemain bintang tapi saya yakin kami berupaya memberi cabaran,” katanya.
Kafando,
25, ketika ini sedang memulihkan diri daripada kecederaan yang dialami ketika
bermain di Vietnam baru-baru ini tetapi yakin kecederaannya tidak teruk.
“Hanya
kecederaan kecil saja.
Begitupun jurulatih tidak mahu mengambil risiko menurunkan saya dalam perlawanan,” jelasnya.
Kafando
berkata, dia gembira berada di Ipoh kerana menerima layanan baik daripada
majikan serta peminat pasukan Kejor Yob Kejor.
“Tiada
masalah buat saya walaupun ini pertama kali berada jauh di perantauan.
Saya berusaha menyesuaikan diri dengan suasana di sini dengan cepat,” katanya yang saban hari menghubungi keluarganya melalui Skype.
Menurutnya,
bola sepak di negara ini sama seperti di Burkina Faso kerana menjadi kegilaan
utama rakyat di sana berdasarkan kehadiran penyokong termasuk semasa perlawanan
persahabatan.
“Saya
harap peminat akan berdiri teguh di belakang pasukan sepanjang kempen nanti.
Sokongan padu mereka akan menyemarak lagi semangat kami untuk mengusahakan yang terbaik,” katanya yang turut mempelajari beberapa perkataan Bahasa Melayu.
Sokongan padu mereka akan menyemarak lagi semangat kami untuk mengusahakan yang terbaik,” katanya yang turut mempelajari beberapa perkataan Bahasa Melayu.
Hmetro.com.my