Saturday, 28 December 2013

‘United Tak Boleh Dipandang Remeh’


London: Pengurus Manchester United, David Moyes percaya semangat jitu pasukannya bermakna mereka tidak boleh dipandang remeh bagi perebutan kejuaraan Liga Perdana.
United bangkit daripada ketinggalan 0-2 sebelum menang 3-2 di Hull City kelmarin dan melaram kemenangan ketiga berturut-turut dalam liga.
Selepas permulaan tidak konsisten awal musim ini apabila mereka mengalami lima kekalahan dalam liga, United mula merapatkan diri dengan pasukan atasan liga.
“Saya tidak fikir ada sesiapa yang berasakan perlawanan ini berakhir apabila kami ketinggalan 0-2,” kata Moyes.
“Saya fikir kebanyakan berasakan kami masih boleh membuktikan sesuatu di sini.
“Itulah kelebihan dimiliki Manchester United.
Pasukan saya sering kali komited dan cuba memenangi perlawanan.
“Semua perlawanan pada masa ini amat sengit, sukar untuk diramalkan.

Apa yang kami boleh lakukan adalah terus melakar kemenangan dan harapnya kami akan berada di tempat sepatutnya apabila musim berakhir.” Penyerang Wayne Rooney menjaringkan gol Liga Perdana ke-150 buat kelab itu ketika menang di Hull dan turut memainkan peranan bagi dua lagi gol United.
Dia melakukan hantaran lintang bagi gol tandukan Chris Smalling pada minit ke-19 dan memberikan tekanan kepada pertahanan James Chester sebelum pemain itu menanduk masuk ke gawang sendiri untuk menjadikan kedudukan 3-2.- AFP
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets