Friday, 27 December 2013

Curbishley Pengarah Teknikal Fulham

London: Alan Curbishley dinamakan sebagai Pengarah Teknikal kelab yang bergelut dalam Liga Perdana, Fulham selepas bekas pengurus Charlton Athletic dan West Ham itu bersetuju untuk memainkan peranan sepenuh masa di kelab itu buat kali pertama selepas lima tahun.
Curbishley, 56, menjadi pengkritik televisyen sejak meninggalkan West Ham pada 2008 dan akan bekerja bersama pengurus, Rene Meulensteen yang menggantikan Martin Jol selepas rakan senegaranya dari Belanda itu dipecat susulan daripada lima kekalahan berutut-turut.
“Saya amat gembira apabila Alan menyertai kami kerana saya tahun kepakarannya amat bernilai untuk menghabiskan sisa musim ini,” kata Meulensteen dalam sa tu kenyataan di laman web kelab terbabit pada Selasa.
“Berikutan ketibaan Martin, saya berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alistair Mackintosh dan pengerusi mengenai cabaran yang kami hadapi, malah saya gembira apabila mereka menyokong idea menambah bilangan pasukan kejurulatihan.
“Alan membuktikan rekodnya dalam industri ini dan memahami sepenuhnya apa yang diperlukan untuk mencapai kejayaan.
Saya tidak sabar berkongsi idea dan mendengar nasihatnya untuk memastikan kelab Bola Sepak Fulham kekal di tempat yang sepatutnya iaitu dalam Liga PErdana.” Fulham kini berada di kedudukan ke-19 liga dengan 13 mata daripada 17 perlawanan, berkongsi mata dengan Crystal Palace dan satu mata di bawah zon selamat dengan Sunderland, satu mata di belakang mereka.

- Reuters
Hmetro.com.my 
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets