London: Arsenal terlepas peluang untuk kembali ke puncak Liga Perdana selepas diikat 0-0 oleh pencabar setempat, Chelsea pada pertemuan yang meninggalkan kesan mendalam skuad tuan rumah.
Pertemuan pasukan teratas England ini adalah yang terakhir sebelum perayaan Krismas, namun sambutannya kurang meriah di Stadium Emirates apabila pemain Arsenal menjadi mangsa kekerasan lawan.
Malam itu amat mengecewakan buat pengurus Arsenal, Arsene Wenger apabila pasukannya gagal mencapai kemenangan pertama ke atas skuad Jose Mourinho dalam percubaan ke-10, dan keputusan itu menunjukkan betapa skuadnya mensia-siakan peluang kembali ke puncak dan terpaksa berpuas hati berada di belakang Liverpool.
Arsenal kini mengumpul jumlah mata yang sama dengan Liverpool namun ketinggalan dari segi jumlah jaringan.
“Kami sepatutnya menang perlawanan itu,” kata Wenger.
“Mereka datang ke sini dengan corak bertahan dengan serangan balas pantas.
Kami mengatasi mereka pada permulaan namun hanya menguasai bola di babak kedua.
Kami mengatasi mereka pada permulaan namun hanya menguasai bola di babak kedua.
“Sepatutnya, kekasaran terhadap Theo Walcott itu adalah penalti kerana dia nyata dikasari.
Saya tidak tahu mengapa pengadil tidak memberikannya.” Chelsea kini naik ke tangga keempat, ketinggalan dua mata di belakang Liverpool, jauh lebih berpuas hati dengan keputusan itu berbanding Arsenal yang lebih banyak mencipta peluang menjaringkan gol.- AFP
Hmetro.com.my