Liverpool: Pengurus Liverpool Brendan Rodgers percaya masih banyak yang perlu diperbaiki skuad Liverpool kendaliannya selepas menyaksikan mereka melonjak ke tangga teratas Liga Perdana.
Skuad Reds itu mengalahkan Cardiff City 3-1 di Anfield Sabtu lalu untuk memintas pendahulu Arsenal yang akan menentang pasukan di tangga keempat Chelsea awal pagi esok.
Sejak tumpas 3-1 di tangan Hull City pada 1 Disember lalu, Liverpool bangkit mencatat empat kemenangan berturut-turut dengan menghasilkan 17 gol.
Rodgers yang mengambil alih tugas daripada Kenny Dalglish pada 2012 percaya pasukannya sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan permainannya dan mengakui pemain yang dibeli pada Januari lalu iaitu Daniel Sturridge dan Philippe Coutinho menjadi kunci kepada kebangkitan mereka.
Rodgers yang mengambil alih tugas daripada Kenny Dalglish pada 2012 percaya pasukannya sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan permainannya dan mengakui pemain yang dibeli pada Januari lalu iaitu Daniel Sturridge dan Philippe Coutinho menjadi kunci kepada kebangkitan mereka.

PENYERANG Liverpool, Luiz Suarez (no 7) sekali lagi jadi nadi Reds benam Cardiff.
Juara Inggeris 18 kali itu kini berdepan tugas getir dalam kunjungan ke Manchester City dan Chelsea namun Rodgers yakin anak buahnya masih boleh meningkat.
“Tahun lalu kami mengambil masa untuk kembali dalam kelompok 10 terbaik,” katanya. “Orang ramai mula memperkatakan mengenai permulaan baik kami musim ini tapi anda akan melihat peningkatan pasukan ini bermula Januari depan.
“Kami menerapkan prinsip dan idea permainan bola sepak tersendiri dalam tempoh 18 tahun lalu dan ia mula membuahkan hasil. Hasil kerja keras pemain-pemain mula menikmati corak permainan bola sepak menyerang yang agresif dan kami masih boleh terus meningkat.
“Tidak pernah berlaku sebelum ini apabila pasukan yang menamatkan tangga ketujuh musim lalu berada di kedudukan pertama tapi kami menunjukkan usaha pemain-pemain dan kelab. Kami mahu terus mengekalkan momentum ini.
“Kami tenang dan tidak mahu terbawa-bawa dengan pencapaian ini. Ia tempoh lima tahun yang sukar tapi penyokong-penyokong kini pulang ke rumah degan gembira dan kami sudah mendapat semula mentaliti di Anfield.” - AFP
Hmetro.com.my