Kuantan: Kemunculan Mohd Amirul Hadi Zainal bersama Johor Darul Takzim (DT) mengganggu persediaan skuad Pahang menghadapi Liga M 2014.
Keputusan itu bukan saja mengejutkan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), malah barisan kejurulatihan skuad Tok Gajah jika benar Amirul memutuskan bersama Harimau Selatan itu.
Jumaat lalu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan persatuan itu masih belum mengikat pemain berusia 27 tahun itu.
Ini kerana PBNJ masih menunggu keputusan Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ini kerana PBNJ masih menunggu keputusan Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pada masa sama, PBNP mengesahkan Amirul sudah menandatangani kontrak bersama Pahang dan namanya sudah dihantar kepada FAM sebelum tarikh tutup pada 17 Disember lalu.
Setiausaha Agung Fuzeimi Ibrahim terkejut kerana tidak tahu menahu kedudukan Amirul yang sebelum ini mengesahkan tempat dalam skuad Tok Gajah.
“Jika benar dia (Amirul) bersama pasukan lain biar peraturan FAM menentukannya memandangkan namanya disenaraikan dalam skuad Pahang.
“Buat masa ini saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai status Amirul dan harap ia dapat diselesaikanjika berlaku sebarang masalah,” kata Fuzeimi.
Hmetro.com.my