Paris: Pemain bola sepak lelaki lebih layak mendapat pengiktirafan berbanding pemain wanita di Sweden dan orang ramai sepatutnya berhenti berdebat mengenai jantina, kata Zlatan Ibrahimovic.
Kapten pasukan Sweden itu berkata demikian selepas Persatuan Bola Sepak negara itu dikecam kerana menampilkan pemain tengah Anders Svensson untuk memecahkan rekod penampilan terbanyak Thomas Ravelli bersama skuad kebangsaan iaitu 143 kap antarabangsa.
Bagaimanapun, apabila pemain tengah wanita, Therese Sjogran gagal mendapat pengiktirafan sama pada malam gala bola sepak selepas mencipta rekod 187 kap, kritikan semakin hebat.
“Dengan rendah diri, kami tabik dengan pencapaian pemain wanita dan mereka amat hebat tapi anda tidak boleh membandingkan bola sepak lelaki dan wanita,” kata Ibrahimovic.
“Dengan rendah diri, kami tabik dengan pencapaian pemain wanita dan mereka amat hebat tapi anda tidak boleh membandingkan bola sepak lelaki dan wanita,” kata Ibrahimovic.
“Berhentilah, ini bukan perkara yang melucukan,” kata penyerang Paris Saint Germain itu dalam satu temu bual bersama akhbar Expressen pada Rabu.
“Ketika saya bermain di Eropah, orang mula membandingkan saya dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Apabila saya kembali ke tanah air, orang membandingkan saya dengan pemain wanita.
“Saya amat menghormati wanita, mereka sepatutnya mendapat ganjaran setimpal dengan apa yang mereka lakukan dalam menjana kewangan.
“Saya pernah bertanya pada media Sweden pada musim panas lalu, siapa penyerang yang lebih baik, saya atau Lotta Schelin (penyerang wanita Sweden).
“Anda berlawak dengan saya kan? Selepas saya memecah semua rekod, rekod jaringan, rekod gol skuad kebangsaan, siapa lagi mahu dibandingkan? Adakah saya perlu dibandingkan dengan pemain wanita?” - Daily Mail
Hmetro.com.my