Friday, 27 December 2013

Vincent Tan Beli Sarajevo

Sarajevo: Pemilik Cardiff City, Vincent Tan kini dilaporkan menandatangani perjanjian pengambilalihan kawalan dan pengurusan kelab Liga Perdana Bosnia, Sarajevo, demikian menurut pegawai kelab itu semalam.
“Kami mencapai persetujuan dari segi hak pelaburan dan pengurusan berdasarkan statut dan undang-undang kelab yang diguna pakai di Bosnia,” kata Pengurus Besar Sarejevo, Dino Selimovic. 

Selimovic bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci butiran pelaburan, namun media tempatan pada Rabu melaporkan, jutawan Malaysia itu berjanji melabur 3 juta marka Bosnia (RM6.9 juta). 

Sarajevo, ditubuhkan sejak 1946, berdepan masalah kebankrapan melangkau jutaan marka dalam akaun hutang mereka.
Foto
TAN (tengah) akan lakukan penstrukturan semula Sarajevo.

Vincent berbincang dengan pengurusan kelab itu sejak musim panas lalu, meminta mereka melakar pelan penstrukturan semula pembayaran hutang mengikut pelan tiga tahun, demikian menurut naib presiden Sarajevo, Edis Kusturica yang dilaporkan akhbar harian Nezavisne Novine.

Di bawah perjanjian itu, Cardiff akan bekerjasama dengan Sarajevo menerusi program pertukaran pemain selain mengambil bahagian dalam akademi bola sepak yang akan ditubuhkan selepas ini seperti yang dirancang Vincent yang mahu melahirkan lebih ramai bakat. 

“Kami merancang mengadakan perlawanan persahabatan, pertukaran pemain, menganjurkan kem latihan bersama dan kempen pemasaran,” kata Vincent kepada akhbar harian Dnevni Avaz ketika ditemubual pada September. 

“Saya amat optimis dan berharap bahawa kerjasama ini akan memberi faedah berguna kepada kedua-dua kelab terutamanya bola sepak Bosnia,” katanya lagi. 

Media tempatan melaporkan bahawa Vincent, tidak akan mengubah lencana dan warna kelab Bosnia itu seperti yang dilakukan di Cardiff sehingga menimbulkan kemarahan peminat.- Agensi

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets