Liverpool: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mempertahankan bekas pengendali Cardiff City, Malky Mackay yang dikecam hebat menjelang perlawanan Liga Perdana di Anfield, esok.
Mackay dikritik secara terbuka oleh pemilik Cardiff Vincent Tan selepas menyatakan beliau mahu membawa masuk pemain baru pada perpindahan Januari.
Tan memberitahu Mackay beliau tidak akan diberikan dana bulan depan menyebabkan pengurus skuad Bluebirds itu berada dalam kedudukan terumbang-ambing.
Rodgers yang pernah membimbing Swansea City turut pernah bekerjasama bersama Mackay di Watford sewaktu menjadi pengurus pada 2008 dan beliau berkata: “Saya dapati segala-gala cerita mengenai Malky begitu hebat. Saya mengenali Malky sejak mula bekerjasama dengannya di Watford dan saya mungkin lebih berminat merahsiakannya kerana saya bertugas di selatan Wales selama beberapa tahun.
“Saya mendapati apa yang dilaluinya begitu mengagumkan dan saya hanya melihatnya dari jauh.
“Malky berjalan masuk ke kelab yang memberikannya 10 pemain. pemain yang bersamanya sejak musim panas 2011 ketika mengambil kelab itu dan perlu membina pasukan baru,” katanya. - Agensi
Hmetro.com.my