Manchester, England: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mungkin
berdepan tindakan FA selepas merungut mengenai pengadil Lee Mason berikutan
kekalahan 1-2 pasukannya kepada Manchester City.
Mason, yang dilihat melakukan beberapa kesilapan penting yang
tidak memihak Liverpool, berpangkalan di Bolton yang secara teknikalnya berada
di daerah “Greater Manchester.”
Bolton tidak pernah dianggap sebagai sebahagian daripada
bandaraya Manchester namun ia tidak menghalang Rodgers daripada mengatakan
Mason berasal dari ‘Manchester’.
“Kami tidak mendapat bantuan daripada pegawai,” kata Rodgers.
“Kami tidak mendapat bantuan daripada pegawai,” kata Rodgers.
“Saya fikir ia memang dahsyat. Tiada apa yang memihak kepada kami. Saya
terkejut kami bermain di Manchester dengan seorang pengadil dari Greater
Manchester. Saya tidak fikir ada keputusan yang menyebelahi kami.
“Harapnya kami tidak mendapat seorang pengadil dari Greater Manchester sekali lagi pada pertemuan Liverpool-Man City. Saya akan memaklumkan perkara ini kepada FA.
“Saya tidak fikir kami akan mendapat seseorang dari Wirral (kawasan berdekatan Sungai Mersey di Liverpool) mengadili perlawanan Liverpool-Man City.”
Rodgers berang dengan keputusan penjaga garisan mengangkat bendera menyatakan ofsaid buat Raheem Sterling (gambar tengah), terjahan ke atas Luis Suarez di penjuru kotak penalti dan permintaan penalti yang gagal oleh Suarez.
“Saya fikir mengenai ofsaid itu, penjaga garisan langsung tidak berada di tempat sepatutnya,” kata Rodgers. “Jika anda bertugas pada tahap ini, anda perlu membuat keputusan tepat.
“Ada satu insiden lagi pada babak kedua apabila Luis tidak diberikan sepakan percuma di penjuru kotak penalti dengan Joleon Lescott membentesnya dan sepatutnya sepakan penalti harus diberikan. Luis tidak merebahkan badan kerana jersinya ditarik.”
Di sebalik masalah itu, Liverpool mendahului menerusi Philippe Coutinho sebelum City menamatkan babak pertama dengan gol Vincent Kompany dan Alvaro Negredo sekali gus melonjak ke tangga kedua Liga Perdana. - AFP
Hmetro.com.my