Monday, 23 December 2013

Sundramoorthy Tetap Yakin

Seremban: Biarpun menjangkakan cabaran lebih sukar bakal dihadapi, jurulatih Negeri Sembilan, V Sundramoorthy yakin dengan keupayaan skuad bimbingannya untuk mengharungi Liga M musim depan yang dijangka bermula pertengahan Januari ini.
Perubahan besar dibuat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dengan mengambil empat pemain import selain mengekalkan beberapa pemain berpengalaman dan menaik taraf pemain muda daripada skuad Piala Presiden, menyakinkan bekas pengendali Lions X11 itu menggalas tugas bagi meletakkan skuad berkenaan di landasan kejayaan.
“Saya yakin dengan barisan pemain kali ini kerana memiliki empat pemain import iaitu Jozef Kaplan (Slovakia), Jean-Emmanuel Effa Owona (Cameroon), Kim Jin Ryong (Korea Selatan) dan bekas ketua pasukan Kelab Orlando City Haiti, Jean Marc Elexandre.
“Selain itu, pasukan ini juga memiliki pemain berpengalaman seperti Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Fauzi Nan, K Nanthakumar, Eddy Helmi Manan, G Puaneswaran, Abd Halim Zainal, Mohd Alif Shamsuddin dan Badrulzaman Abd Halim (penjaga gol).
“Gabungan pemain ini mampu menggalas tugas diamanahkan dalam misi merealisasikan sasaran ditetapkan pengurusan pasukan iaitu muncul dua pasukan teratas Liga Perdana sekali gus melayakkan diri ke Liga Super musim 2015,” katanya.
Menurut Sundramoorthy, biarpun terdapat sebahagian pemain muda, mereka sudah menunjukkan prestasi mberangsangkan sejak mula menjalani latihan, awal November lalu.
“Saya akan berusaha memastikan sasaran ditetapkan itu tercapai dan dalam masa sama mahu mencipta kejutan pada kempen Piala FA dan Piala Malaysia.
“Apa pun, selepas bersama mereka hampir dua bulan, saya mempunyai keyakinan terhadap pasukan ini dan apa yang diharapkan agar setiap pemain dapat memberikan komitmen tinggi sepanjang latihan, untuk memastikan pasukan benar-benar mantap menjelang saingan liga nanti,” katanya.
Mengenai langkah Menteri Besar yang juga Presiden PBNS Datuk Seri Mohamad Hasan melantik dirinya sebagai pengurus pasukan, bekas pemain kebangsaan Singapura itu berkata, dia tidak tertekan sebaliknya menjadi pemangkin untuk melakukan tugas lebih serius.
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets