Wednesday, 25 December 2013

Suarez Hampiri Impian Reds

London: Selepas melalui detik jatuh bangun dalam kariernya musim ini, Luis Suarez kini mula mengimpikan untuk memenangi Liga Perdana bersama Liverpool.
Liverpool berada di tangga teratas liga dengan mengalahkan Cardiff City 3-1 Sabtu lalu dengan Suarez meledak dua gol untuk mengumpul 19 gol daripada 12 perlawanan musim ini menjelang jadual padat liga pada cuti Krismas yang dianggap cukup penting dalam perebutan liga.
Kelab Anfield itu akan berkunjung ke kubu kuat pencabar kejuaraan Manchester City sebelum bertandang ke Chelsea pada Ahad ini dan Suarez yang terlepas lima perlawanan pembukaan musim ini kerana digantung perlawanan atas kesalahan menggigit pemain lawan seperti pemain yang dilahirkan semula.
“Ia adalah impian saya, saya berharap dapat memenangi liga dan trofi bersama Liverpool,” katanya menerusi laman web kelab (www.liverpoolfc.com) semalam.
Suarez menandatangani kontrak baru empat tahun minggu lalu dan menurut akhbar Daily Telegraph bahawa beliau mahu mengikut jejak langkah lagenda Anfiled seperti Ian Rush, Roger Hunt dan Robbie Fowler.
Saingan merebut gelaran sudah melalui separuh peringkat dengan empat perlawanan dalam tempoh Krismas dan Tahun Baru termasuk aksi kelmarin antara Arsenal dan Chelsea yang berkesudahan seri 0-0 di Emirates.
Arsenal mendahului liga bermula dari pertengahan September sehinggalah Liverpool merampas kedudukan Sabtu lalu dan skuad kendalian Arsene Wenger itu kekal di belakang The Reds berdasarkan perbezaan gol.
Liverpool kini mengumpul 36 mata dan lapan pasukan teratas hanya dipisahkan lapan mata ke atas juara bertahan United dengan 28 mata.
Meskipun kedudukan sering berubah pada saingan separuh musim ini, lapan pasukan teratas Liverpool, Manchester City, Arsenal, Everton, Chelsea, Newcastle United, Tottenham Hotspur dan Manchester United masih memiliki peluang baik untuk menamatkan cabaran dalam kelompok empat pasukan teratas.-Reuters

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets