Wednesday, 25 December 2013

' Berhenti Menangis Wahai Arsenal '

London: Jose Mourinho menuduh Arsenal “menangis” dengan keputusan yang diperoleh ketika menentang Chelsea yang membuli mereka yang menyaksikan perlawanan berkesudahan 0-0 di Stadium Emirates.
Pemain bimbingan Mourinho menggunakan kekasaran melampau terhadap pemain Gunners dalam aksi setempat London semalam.
John Obi Mikel bernasib baik kerana berjaya mengelak dari dilayangkan kad merah selepas pemain tengah Chelsea itu menerjah Mikel Arteta, sementara Arsenal pula mendakwa, mereka sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti selepas Willian menjatuhkan Theo Walcott.
Terjahan ke arah tulang pemain Arsenal sememangnya tidak dapat disangkal apabila pengurusnya, Arsene Wenger hanya mampu melihat dari tepi padang betapa anak didiknya meraung kesakitan.
Begitupun, Mourinho enggan memohon maaf bagi pasukannya sekali gus menghidupkan permusuhan lamanya dengan Wenger dan pemain kelab lawan.
“Mereka suka menangis, itulah tradisi yang berlaku,” kata Mourinho.
“Bagi saya, orang Inggeris seperti Frank Lampard tidak akan melakukan provokasi pada situasi itu.
“Pemain dari negara lain terutamanya beberapa negara, tabiat begitu sudah sebati dalam darah mereka.
“Saya lebih gemar darah orang Inggeris dalam bola sepak kerana ketika menghadapi situasi begitu, mereka akan lupakan saja.” Ketika ditanya mengenai terjahan ke arah tulang kering Arteta, Mourinho berkata, terjahan itu bersih.
“Ia memang keras dan agresif.

Bola untuk lelaki atau bagi wanita yang memiliki sikap yang hebat!” kata Mourinho.- AFP

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets