Saturday, 21 December 2013

Idam Rapati Bayern

Berlin: Ketika pendahulu semasa, Bayern Munich terbabit dalam final Piala Kelab Dunia, pencabarnya di Bundesliga, Borussia Dortmund dan Bayer Leverkusen kini menyasarkan untuk merapatkan mata dengan kelab Bavarian itu.
Bayern ketika ini memiliki kelebihan tujuh mata di puncak liga dan menjadi pilihan utama untuk mempertahankan kejuaraan liga kecuali pencabarnya berjaya mencuri peluang ketika Bayern beraksi di Maghribi.

Penghuni tangga kedua, Bayer Leverkusen akan berdepan Werder Bremen di gelanggang lawan hari ini ketika tuan rumah gagal meraih kemenangan dalam lima perlawanan terakhir mereka.
“Bukan mudah untuk kami tapi kami mahu memberi yang terbaik sebelum liga berehat untuk musim sejuk dengan meraih tiga mata penuh,” kata Samy Hyypia.

Bayer boleh melakar rekod baru kelab dengan meraih 40 mata pada separuh musim jika mencapai kemenangan di Bremen, iaitu perlawanan terakhir 2013.

Namun, situasi Bayer yang dikejutkan dengan kekalahan kepada Eintracht Frankfurt hujung minggu lalu, mahu dijadikan alasan oleh Bremen menambah luka lawan.
“Bayer berada di kelompok pendahulu untuk hampir setahun namun kami memiliki peluang di hadapan penyokong sendiri,” kata Clemens Fritz.

“Frankfurt sudah menunjukkan caranya. Bola sepak sentiasa penuh dengan kejutan.” Jurulatih Bremen, Robin Dutt berang selepas pasukannya tewas 3-2 kepada Hertha Berlin sehingga menyebabkan beliau mengarahkan seluruh pasukan menjalani latihan kecergasan.
Dutt kini menanti laporan daripada jurulatih kecergasan mengenai pemain tengah, Aaron Hunt yang bergelut untuk pulih.

Penghuni tangga ketiga, Borussia Dortmund kini 12 mata di belakang Bayern dan lima mata di belakang Bayer akan melayan kunjungan Hertha Berlin ketika mencari kemenangan kedua liga dalam lima perlawanan.

Prestasi pasukan itu amat buruk selepas hanya meraih empat mata daripada lima perlawanan dan jurulatih Jurgen Klopp berharap barisan bintangnya yang berada dalam senarai kecederaan mampu menukar situasi. - AFP

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets