Kuala Lumpur: Setiap kali pusingan akhir Piala Dunia, adidas
pasti menampilkan jenama terbarunya dan kali ini di Brazil 2014, mereka
memperkenalkan bola rasmi brazuca dan koleksi but berwarna Samba.
Brazuca atau bermaksud `Gaya Hidup Brazil’ dinamakan hasil
daripada undian 1 juta peminat bola sepak pada September 2012.
Kelab yang terlibat dalam ujian itu adalah AC Milan, Bayern
Munich, Palmeiras dan Fluminese. Manakala pemain pula adalah Lionel Messi, Iker
Casillas, Bastian Schweinsteiger dan Zinedine Zidane.
Bintang Brazil Dani Alves menyifatkan brazuca sebagai paling menakjubkan.
“Bola ini cukup hebat dan menghiburkan. Usaha adidas menghasilkan rupa bentuk dan kualiti brazuca yang bakal digemari ramai.”
Sementara penjaga gol dan kapten Sepanyol, Iker Casillas mengakui rekaan brazuca menampil ciri-ciri Brazil. “Bola ini sudah dilancarkan dan ia bermakna pertandingan sudah semakin hampir. Saya tidak sabar untuk beraksi di Brazil bersama bola hebat ini.”
Selain kehebatan brazuca, adidas juga menampil empat koleksi but hebat dan menarik terdiri daripada adizero f50, predator, nitrocharge dan 11pro.
Setiap jenis but mewakili warna dan identiti rekaan tersendiri.
Nitrocharge yang diguna Dani Alves dan Ezeguiel Lavezzi menampilkan warna hijau limau, adizero f50 pula yang digemari Lionel Messi, Lucas Moura dan Gareth Bale berwarna biru langit.
Predator pula yang digayakan dengan warna merah jambu digunakan oleh Oscar, Mesut Ozil dan Fernando Torres, manakala 11pro pula berwarna ungu menjadi pilihan Philipp Lahm, Hernanes dan Frank Lampard.
Pengurus Produk Kanan Global adidas, Antoine Hadjimanolis berkata Koleksi Samba itu dihasilkan daripada inspirasi Brazil melalui warnanya, tenaganya dan penuh dengan karektor.
Hmetro.com.my