Sunday, 22 December 2013

Spurs Terdesak Cari Pengganti AVB

London: Tottenham Hotspur yang akan berdepan Southampton dalam saingan Liga Perdana hari ini semakin terdesak meningkatkan usaha untuk mendapatkan pengurus yang baru.
Skuad itu masih belum membuat keputusan terhadap senarai pendek sama ada mendapatkan pengurus untuk pelantikan dalam jangka masa pendek atau panjang. Ketua jurulatih sementara, Tim Sherwood akan mengendali pasukan itu sekali lagi untuk perlawanan menentang Southampton hari ini tetapi pengerusi Spurs, Daniel Levy masih bergelut mendapatkan pengganti Andre Villas-Boas yang dipecat beberapa hari lalu. Sherwood berkata: “Saya tidak tahu apa yang lebih berbeza kerana saya tidak pernah mengendali kelab tanpa pengarah bola sepak. Saya bersikap terbuka.” Beberapa pemain yang baru dibeli bergelut untuk memberikan impak tetapi Sherwood berkata kelab itu perlu berhati-hati agar membelanjakan wang terhadap pemain yang akan meningkatkan keupayaan kesebelasan utama. “Setiap kelab yang berjaya sentiasa membeli pemain, ia menjadi lumrah,” kata Sherwood. “Saya hanya akan membeli pemain yang akan memberikan perbezaan terhadap kesebelasan utama skuad. Mereka memerlukan masa kerana kebanyakan pemain baru menyertai pasukan ini pada musim panas lalu. Apabila pemain luar datang dan bermain di negara yang berbeza walaupun saya tidak pernah melaluinya, ia memang memerlukan masa.” “Anda pasti mahu mengekalkan pemain muda bersama kelab ini. Anda bekerja keras untuk membangunkan mereka. - Agensi

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets