Friday, 20 December 2013

ITC Import Perak Selesai

Ipoh: Perak mampu menghela nafas lega apabila sudah menerima Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) tiga awang importnya bagi membolehkan mereka beraksi dalam kempen Liga Super 2014 nanti.
Pengurus pasukan Datuk Azhar Ahmad berkata, ITC pemain terbabit iaitu Martin Kafando, Kyaw Zayar Win dan Zelemir Terkers tiba dua hari lalu, tepat pada tarikh akhir pendaftaran pada 17 Disember.

“Alhamdullilah mereka sudah sah didaftarkan mewakili Perak dalam liga Super 2014 nanti,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) semalam.
Bagaimanapun Azhar berkata, impian Perak menggunakan empat awang import tidak kesampaian apabila pendaftaran penyerang Brazil, Anderson Rodriguez Cardoso dibatalkan atas sebab teknikal.

Menurut pengurus Perak itu, Cardoso sebenarnya dipinjamkan kepada kelab Bahagian Satu Brazil, FC Bangu dari sebuah pasukan divisyen 3.

“Masalahnya ialah dia dipinjamkan dan bukan dilepaskan terus kepada pasukan divisyen satu itu. Apabila kita minta pelepasan, kelab asalnya saja yang boleh memberikan surat pelepasan itu,” katanya.
Apapun Azhar yakin trio import yang ada mampu memberi sumbangan bermakna kepada pasukan berdasarkan prestasi semasa mereka.

“Kita sudah tengok Kafando bermain manakala Zayar Win adalah kapten skuad bawah 23 kebangsaan Myanmar yang terbabit dalam Sukan SEA ke-27 yang berlangsung. “Terkers juga saya yakin berada dalam keadaan baik walaupun kini berada di Croatia kerana menguruskan hal peribadi,”katanya.
Apapun secara keseluruhan, Azhar berkata lawatan ke Vietnam itu memberi banyak manfaat kepada pasukan kerana pemain muda berpeluang menimba pengalaman baru.

Katanya Perak terus menjalani ujian dan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan FELDA United di Stadium Perak, Sabtu ini.

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets