Friday, 20 December 2013

Leverkusen Mahu Rapat Jurang Mata

Berlin: Ketika Bayern Munich tidak beraksi di liga tempatan kerana menyertai kejohanan dunia, Bayer Leverkusen berharap dapat menggunakan kesempatan itu untuk merapatkan jurang kepada empat mata menerusi kemenangan ke atas Werder Bremen hujung minggu ini.
Bayern mengimpikan untuk menjulang trofi kelima 2013 apabila bertemu Raja Casablanca di final Kejohanan Kelab Dunia di Maghribi, esok dan hanya akan beraksi perlawanan ke-17 liga domestik pada bulan depan sekali gus memberi ruang kepada Leverkusen untuk merapati juara bertahan Bundesliga itu.

Dortmund yang menduduki tangga ketiga dilihat sedikit bergelut dan Leverkusen muncul pencabar terkuat Bayern untuk gelaran Bundesliga musim ini walaupun mereka tewas 1-0 di tangan Eintracht Frankfurt minggu lalu.
Selepas layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara minggu lalu, Leverkusen pantas mengikat penyerang Korea Selatan berusia 20 tahun, Ryu Seung-woo yang sebelum ini beraksi bersama kelab FC Jeju.

Jurulatih Sami Hyypia menganggap pertemuan menentang Bremen esok akan menjadi peluang terakhir mereka untuk mengubah corak serangan sebelum saingan liga berhenti rehat kerana Bremen sudah melepaskan 37 gol sepanjang 16 aksi.

“Setiap kali pemain lawan memasuki kotak penalti kami, ia pasti mencetuskan masalah,” kata pengarah sukan Werder, Thomas Eichin.
Werder melepaskan 14 gol di sepanjang tiga aksi terakhir mereka iaitu ketika ketiadaan pertahanan tengah, Sebastian Proedl dan 16 mata yang dikumpul setakat ini yang paling rendah dalam tempoh 39 tahun di Bundesliga.

Jurulatih Werder Robin Dutt sedar satu lagi kekalahan selepas dimalukan 7-0 di Bayern serta kekalahan 3-2 di Hertha Berlin dua minggu lalu pasti mengakibatkan beliau dipecat.
“Kami bergelut. Saya tidak dapat nafikan perkara itu,” kata Dutt. “Tetapi tidak ada gunanya jika kami sekadar bercakap mengenai kedudukan dalam liga kerana kami sedar tidak banyak pasukan berada di belakang kami.” - Reuters

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets