Friday, 27 December 2013

Brnovic Ikat Kontrak Baru

Montenegro: Pengurus Montenegro, Branko Brnovic menandatangani kontrak lanjutan dua tahun untuk memimpin skuad kebangsaan di pusingan kelayakan Euro 2016, demikian menurut badan induk bola sepak negara itu dalam satu laman web.
“Saya berbesar hati kerana dikekalkan mengepalai pasukan Montenegro,” kata Brnovic, 46, yang dipetik dalam uefa.com selepas jawatannya dikekalkan sejak mula melatih pada Oktober 2011.
Beliau membawa Montenegro ke perlawanan playoff Euro 2012, menyaksikan mereka tewas kepada Republik Czech, malah usaha mereka memburu tempat ke Piala Dunia 2014 hanya terlepas kerana dua kekalahan pada penghujung kempen kelayakan yang menyaksikan mereka menduduki tempat ketiga kumpulan.
“Saya berharap saya dan pasukan ini melakukan perkara yang kami hampir lakukan pada dua kempen kelayakan sekali gus mengesahkan tujuan kami pada masa akan datang,” kata Brnovic, merujuk kepada Kejohanan Eropah yang akan berlangsung di Perancis.
“Kami memiliki pasukan yang kuat dibarisi sebilangan pemain saya untuk kempen kelayakan akan datang, ramai pemain muda akan turut serta memperkuatkan lagi persaingan, inilah yang lebih penting.” Brnovic beraksi di Piala Dunia 1998, memimpin Montenegro mencapai empat kemenangan, empat seri dan enam kekalahan dalam 14 perlawanan rasmi.
 Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets