Sunday, 22 December 2013

' Bangkit Benam Arsenal '

London: Penyerang Sepanyol Fernando Torres menggesa rakan sepasukan Chelsea “segera bangkit“ apabila menentang Arsenal, esok dan menyesuaikan diri dengan gaya permainan diharapkan Jose Mourinho.
Juara Eropah 2012 itu menduduki tangga ketiga Liga Perdana diletakkan selaku pencabar utama gelaran juara, kini membuat persiapan untuk kunjungan ke Stadium Emirates.

Chelsea mara ke peringkat kalah mati 16 pasukan Liga Juara-Juara tetapi kekalahan mengejut 2-1 pada suku akhir Piala Liga kepada Sunderland menggambarkan prestasi tidak konsisten mereka sepanjang musim ini.
“Apabila pengurus datang untuk menilai kualiti pemain, dia perlu membentuk pasukan dan pemain perlu menyesuaikan dengan cara permainan mahu diterapkan,” kata Torres.

“Kami melalui proses itu tetapi bukan semudah disangka. Ia mengambil masa selama dua bulan dan berkemungkinan berlanjutan tiga tahun mencari penyelesaian.

“Dalam bola sepak moden sekarang, kita tiada banyak masa seperti itu lagi dan perlu segera bangkit. Setiap pemain perlu menyesuaikan diri seperti dimahukan oleh pengurus.” Sejak menyertai Chelsea daripada Liverpool dengan nilai 50 juta pound (RM250 juta) pada Januari 2011, Torres mempamer prestasi tidak menentu.
Torres membantu Chelsea menjulang kejuaraan berganda Liga Juara-Juara, Piala FA pada 2012 dan meledak jaringan solo memastikan kemenangan final Piala Europa menewaskan Benfica di Amsterdam.

Kemarau gol berterusan dilalui di Stamford Bridgee bersama rakan penyerang, Samuel Eto’o dan Demba Ba sepanjang musim ini benar-benar mengecewakan Mourinho.

“Kami tahu kami perlu menjaringkan lebih banyak gol dan meningkatkan permainan,” kata penyerang yang turut menjulang Piala Dunia 2010 untuk negaranya termasuk muncul juara Eropah 2008 dan 2012.

“Saya tidak rasa Mourinho hanya menyalahkan penyerang. Sudah tentu bertanggungjawab bersama kerana menjadi tanggungjawab mereka menjaringkan gol. Saya rasa ia juga mengambil berat terhadap prestasi pasukan dan saya mahu melihat pasukan ini kembali meningkat.” Torres mengambil masa selama tiga tahun menjaringkan 41 gol untuk Chelsea tetapi tajam di Liverpool apabila menjaringkan 81 dalam 142 perlawanan termasuk 33 pada musim pertamanya. - Reuters

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets