Barcelona: Barcelona bangkit dari ketinggalan ketika menewaskan Getafe 5-2 dan Pedro merakam hatrik pada perlawanan itu ketika Real Madrid bergantung kepada jaringan pada minit terakhir perlawanan oleh pemain gantian Jese ketika menewaskan Valencia 3-2 kelmarin.
Petanda buruk bermula dengan Barcelona ketinggalan 2-0 selepas hanya 15 minit perlawanan menerusi jaringan Sergio Escudero dan Lisandro Lopez.
Ketiadaan Lionel Messi dan Neymar yang mengalami kecederaan dan penggantungan, Pedro muncul penyelamat Barcelona apabila menjaringkan tiga gol dalam tempoh lapan minit.
Pemain Kepulauan Canary itu menyungkit bola menewaskan penjaga gol Miguel Moya dan menambah dua lagi gol menerusi penyudah klinikal sebelum rehat babak pertama.
Malah dia juga melakukan hantaran lintang ketika Cesc Fabregas melakukan voli untuk gol keempat di pertengahan babak kedua, sebelum Fabregas dikasari dalam kotak penalti.
Pertarungan semangat skuad Gerardo Martino yang kehilangan pemain senior seperti Xavi Hernandez, Victor Valdes dan Carles Puyol akhirnya bersinar berbanding babak pertama.
“Kami melalui tempoh 15 minit yang mengerikan sebelum pemain bangkit mengikut rancangan yang ditetapkan,” kata Martino dalam sidang akhbar.
“Kami memperoleh keputusan yang kami mahukan dan ini perlawanan yang baik.
Persembahan Pedro amat hebat dan seluruh pasukan bermain cemerlang.” Barcelona kini berada di puncak liga dengan 46 mata, menyamai mata Atletico Madrid yang menewaskan Levante Sabtu lalu, namun rekod jaringan meletakkan mereka di tahap yang baik.
Real pula di tangga ketiga dengan 41 mata.
Real pula di tangga ketiga dengan 41 mata.
Real bermula buruk ketika menentang Valencia yang dibimbing jurulatih sementara Nico Estevez selepas Miroslav Djukic dipecat minggu lalu.
Valencia bertahan dengan cemerlang dan detik terbaik adalah ketika Angel Di Maria memecah kebuntuan selepas setengah jam beraksi.
Real mencicirkan dua mata ketika menentang Osasuna minggu lalu.
- Reuters
Hmetro.com.my