Wednesday, 18 December 2013

' Yakini Kami '

Nay Pyi Taw: Barisan pemain Bawah 23 tahun negara membalas kritikan sesetengah pihak yang tidak mempercayai kemampuan mereka mempertahankan pingat emas di Sukan SEA 2013.
Anak buah Datuk Ong Kim Swee melangkah ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan A apabila menewaskan Vietnam 2-1 di Stadium Zeyer Thiri semalam. 
Skuad negara akan menentang finalis 2011, Indonesia pada aksi separuh akhir esok dengan Thailand bertemu Singapura. 

Skuad muda negara mempamerkan peningkatan ketara apabila jaringan Ashri Chuchu dan D Saarvindran pada minit ke-81 dan 89 bagi memastikan kemaraan skuad muda itu.
Foto
PEMAIN negara meraikan kejayaan mara separuh akhir.

Gol tunggal lawan dijaringkan Mac Hong Quan pada masa kecederaan.

“Saya tidak mahu memberikan alasan sebelum layak ke separuh akhir tapi semua tahu kita kehilangan tujuh tonggak utama sebelum hadir ke sini. 

“Kami tidak tewas dalam peringkat kumpulan dan kini dilebarkan kepada 14 perlawanan (sejak tewas kepada Vietnam pada peringkat kumpulan pada 2009),” kata Kim Swee. 

Katanya kritikan membina akan memberi semangat kepada pemain. 

“Saya tidak percaya kemenangan ini kerana tuah namun kerana penjaga gol (Izham Tarmizi Roslan) dan barisan pertahanan bermain dengan baik. 

“Namun sebenarnya semua pemain konsisten dan mempamerkan karektor yang baik hingga membawa kami ke tahap ini, itu yang penting,” katanya.

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets