Wednesday, 25 December 2013

Gomis Tekad Keluar Lyon

Paris: Penyerang Perancis, Bafetimbi Gomis bakal meninggalkan kelab Ligue 1, Lyon pada akhir musim ini lapor radio Perancis, RMC.
Gomis, 28, memaklumkan hasratnya itu dengan jelas dalam satu majlis tertutup di kampung halamannya Toulon dengan berkata: “Sudah lima musim saya bersama Lyon dan sudah tiba masanya saya pergi ke tempat lain untuk melihat suasana yang baru.” Pengumuman itu pasti mengembalikan minat Marseille dan pasukan Liga Perdana Inggeris, Newcastle yang mempunyai barisan pemain handalan dari Perancis dalam skuad mereka turut menyatakan minat terhadap Gomis pada musim perpindahan yang lalu.
Ia juga mampu untuk mencetuskan tawaran baru apabila jendela perpindahan di buka Januari ini jika Lyon memutuskan untuk menjual pemain yang bernilai 15 juta euro (RM67.5 juta) ketika mereka membelinya dari Saint-Eitienne pada 2009 berbanding membiarkan dia meninggalkan pasukan itu secara percuma pada akhir musim ini.-AFP
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets