London: Penjaga gol Manchester City Joe Hart akan mendapat kembali posisi penting itu pada pertemuan dengan Liverpool di laman sendiri, menjadi miliknya minggu depan, demikian menurut Manuel Pellegrini selepas pasukan itu menang 4-2 di Fulham kelmarin.
Penjaga gol skuad kebangsaan England, Hart kembali bertugas sebagai penjaga gol City dalam Liga Perdana buat kali pertama sejak 27 Oktober di Fulham, selepas digugurkan berikutan siri kesilapan yang dilakukannya sehingga memberi peluang kepada penjaga gol Romania, Costel Pantilimon.
Pantilimon kembali memanaskan bangku simpanan Sabtu lalu selepas melepaskan tiga gol ketika menang 6-3 ke atas Arsenal di laman sendiri hujung minggu lalu.
“Dia (Hart) layak bermain dan dia layak meneruskan aksi,” kata Pellegrini.
“Dalam setiap perlawanan, kami mungkin menggunakan 11 kesebelasan berbeza, namun kali ini, Joe akan bermain.
“Joe bermain cemerlang dan itu bukannya mudah.
Keadaan di atas padang itu terlalu pantas di tambah dengan keadaan berangin namun, dia masih bermain dengan baik,” kata pengurus berasal dari Chile itu selepas pasukannya hanya kurang satu mata di belakang Liverpool yang akan berkunjung ke Stadium Etihad Khamis ini.
Keadaan di atas padang itu terlalu pantas di tambah dengan keadaan berangin namun, dia masih bermain dengan baik,” kata pengurus berasal dari Chile itu selepas pasukannya hanya kurang satu mata di belakang Liverpool yang akan berkunjung ke Stadium Etihad Khamis ini.
Perlawanan itu adalah perlawanan liga pertama Hart sejak dia meninggalkan gawang di saat akhir ketika beraksi di Chelsea ketika kedudukan genting sebelum Fernando Torres menghadiahkan gol kemenangan 2-1 di Stamford Bridge.
Sejak itu, Pantilimon beraksi pada setiap perlawanan City iaitu tujuh perlawanan liga.- Reuters
Hmetro.com.my