Monday, 23 December 2013

Bantu Bayern Rangkul Lebih Trofi

Foto
BAYERN menjulang Piala Dunia Kelab selepas menewaskan Raja Casablanca 2-0.
MARRAKECH, (Maghribi) : Jurulatih Pep Guardiola sudah menetapkan sasaran untuk membantu Bayern Munich merangkul lebih banyak kejuaraan tahun depan selepas juara Eropah itu memenangi gelaran kelima bagi 2013 dengan menjulang Piala Dunia Kelab.
Bayern mencatat kemenangan 2-0 ke atas juara Maghribi Raja Casablanca pada aksi final Sabtu lalu di Marrakech hasil jaringan pemain Brazil Dante dan Thiago Alcantra dari Sepanyol pada tempoh 22 minit pertama.
Kelab Bavarian itu kini bercuti dua minggu sebelum memulakan kem latihan cuti musim sejuk di Qatar pada Januari dengan Guardiola mahu memantapkan pasukannya.
“Lima kejuaraan setahun adalah pencapaian hebat bagi Bayern,” kata Guardiola yang mula membimbing pada Jun lalu selepas memenangi 14 gelaran dalam tempoh empat tahun sebagai jurulatih Barcelona.
“Saya gembira dengan pencapaian kelab ini dan saya sangat gembira dengan pemain dan penyokong kelab ini.
“Kini kami akan bercuti selama dua minggu dan kemudian kami akan perlu bersedia dengan cabaran baru.
“Kami sangat gembira dengan pencapaian ini namun saya mahu lebih kejayaan selepas ini kerana tahun 2013 akan kami tinggalkan.” Ini kali ketiga Guardiola memenangi Piala Dunia Kelab selepas 2009 dan 2011 bersama Barcelona.-APF

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets