Wednesday, 25 December 2013

Petkovic Ganti Hitzfeld

Bern: Persatuan Bola Sepak Switzerland (ASF) semalam mengumumkan bahawa jurulatih Lazio Vladimir Petkovic akan mengambil alih tugas selaku jurulatih Switzerland apabila Ottmar Hitzfeld bersara daripada bola sepak selepas pusingan akhir Piala Dunia tahun depan
“Vladimir Petkovic, 50, akan mengambil tempat Ottmar Hitzfeld sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Switzerland.
Jurulatih Lazio itu akan menandatangani kontrak Isnin ini (kelmarin) bersama Persatuan Bola Sepak Switzerland,” kata ASF dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman web (www.football.ch).
Kontrak jurulatih kelahiran Sarajevo Petkovic itu akan bermula pada 1 Julai 2014 dan akan berakhir pada 2015 namun akan disambung jika Switzerland layak ke Euro 2016 di Perancis.

Petkovic akan membimbing skuad yang mempamerkan peningkatan di bawah kendalian jurulatih berusia 64 tahun dari Jerman Hitzfeld apabila berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2014 di Brazil selaku pasukan pilihan.

- Reuters
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets