Wednesday, 18 December 2013

Bola Sepak : Aksi Lebih Mantap Gempur Indonesia

Nay Pyi Taw: “Ini bukan permainan sebenar Harimau Muda A. Kami akan mempamerkan aksi lebih baik“.
Itu janji penjaga gol utama skuad Bawah 23 tahun negara, Izham Tarmizi Roslan yang melihat tugas masih belum selesai merealisasi misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA. 
Penjaga gol berusia 22 tahun itu mempamerkan persembahan cemerlang sepanjang empat perlawanan Kumpulan A termasuk aksi ketika menundukkan Vietnam 2-1 di Stadium Zeyer Thiri, semalam. 

Malah penjaga gol kelahiran Terengganu itu membuktikan dia kini salah seorang penjaga gawang terbaik negara.

“Masih ada lagi yang kami akan pamerkan selepas ini. Paling penting mengikut arahan jurulatih, semuanya akan berjalan lancar.

“Kami tetap tenang apabila Vietnam menyerang dan cuba memperlahankan permainan. Kemaraan ke separuh akhir berkat kami bersatu,” katanya. 

Skuad Bawah 23 tahun negara dibarisi sebahagian besar pemain Harimau Muda A kecuali tujuh pemain K Rueben (ATM), Zubir Azmi (Terengganu), Nazmi Faiz Mansor (PKNS FC), Nazirul Naim Che Hashim (FC Ryukyu) dan Mohd Nasir Basharudin (Perak). 

“Kami mempunyai pengalaman lalu (final 2011) namun dalam bola sepak moden, semua akan mengkaji kelemahan masing-masing, jadi kami perlu berhati-hati,” katanya menjelang aksi separuh akhir menentang Indonesia esok. 

Kemenangan skuad negara ke atas Vietnam turut disaksikan pengendali Indonesia Rahmad Dermawan sujurus tiba dari Yangon lewat petang semalam, selepas muncul naib juara Kumpulan B dengan menewaskan tuan rumah Mynamar 1-0.

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets