London: Pengurus Manchester United, David Moyes sudah melalui permulaan kurang meyakinkan di Old Trafford tetapi keadaan bertambah buruk buat pengurus Scotland itu andai gagal mengekalkan khidmat penyerang, Wayne Rooney.
Penyerang England itu membuktikan ketajamannya ketika United menewaskan pasukan diancam penyingkiran, West Ham United 3-1 di tempat sendiri, Sabtu lalu, apabila menjadi nadi penggerak membantu rakan sepasukan menjaringkan dua gol.
Rooney diintai pencabar Liga Perdana Inggeris, Chelsea pada penghujung penutup musim perpindahan September lalu, mengakui begitu kecewa diarahkan beraksi di bahagian tengah oleh Alex Ferguson.
Biarpun Moyes dapat menghalang tawaran Chelsea dan mengekalkan Rooney, prestasi terburuk mereka ibarat penyuntik semangat terbaik meskipun beraksi tanpa beberapa pemain senior seperti Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Robin van Persie dan tonggak tengah, Michael Carrick.
Biarpun Moyes dapat menghalang tawaran Chelsea dan mengekalkan Rooney, prestasi terburuk mereka ibarat penyuntik semangat terbaik meskipun beraksi tanpa beberapa pemain senior seperti Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Robin van Persie dan tonggak tengah, Michael Carrick.
“Anda tahu apa saya lihat dalam diri Wayne berbanding perkara lain? Saya dapat melihat kepimpinan. Saya melihat seseorang mahu mengambil tanggungjawab untuk pasukan ini,” kata Moyes dipetik berkata dalam media Britain.
“Saya melihat seseorang mengambil berat untuk siapa dia bermain dan bagaimana pasukan beraksi. Itulah yang dapat saya lihat pada Wayne berbanding perkara lain.
“Dia sudah tiba ke satu peringkat umur yang lebih berusia dan menyedari dia bukan budak lagi. Dia salah seorang pemain senior dalam pasukan. Dia dalam laluan menjadi salah seorang pemain legenda bersama kelab ini.”
Moyes teruk dikritik selepas skuadnya kecundang 4-1 kepada musuh setempat, Manchester City serta kalah di tempat sendiri kepada Newcastle United, West Bromwich Albion dan Everton, gagal mencari pemain tengah berpengaruh dan kesilapan membeli Marouane Fellaini.
Cabaran kejuaraan mereka kelihatan terjejas dalam masa dua minggu lalu selepas ketinggalan 13 mata di belakang Arsenal tetapi prestasi Rooney ketika mencatat kemenangan 3-0 di tempat lawan mengatasi Aston Villa minggu lalu dan kejayaan Sabtu lalu di tempat sendiri mengatasi West Ham mengurangkan jurang kepada lapan mata.
United akan bermain di tempat lawan menentang Hull City Khamis ini sebelum bertandang ke Norwich City pada Sabtu dan menanti kunjungan Tottenham Hotspur pada 1 Januari - Reuters
Hmetro.com.my