Wednesday, 11 December 2013

Kelantan Dan Selangor Berdepan Laluan Sukar Saingan Piala AFC

Kuala Lumpur: Tiada tugas mudah buat Kelantan dan Selangor dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), musim depan apabila dua wakil negara itu diundi bersama lawan berprofil tinggi.
The Red Warriors diundi bersama juara Myanmar, Yangon United, XM Vissai Ninh Binh (Vietnam) dan South China atau Pegasus dari Hong Kong dalam Kumpulan G.
Manakala Selangor pula diletakkan dalam Kumpulan F dan pasti berdepan saingan sengit dengan Arema Indonesia (Indonesia), Ha Noi T&T atau SHB Da Nang (Vietnam) dan wakil Maldives, Maziya S&R yang pernah membelasah Kelantan 6-1 pada saingan musim ini.
Daripada undian hari ini (semalam) kita boleh lihat saingan daripada pasukan lawan, dan Selangor pastinya akan diberikan saingan sengit. Tidak ada laluan mudah buat kami dalam setiap perlawanan peringkat kumpulan namun peluang semua pasukan boleh dianggap seimbang.
Kami harus tingkatkan kekuatan pasukan dan cuba memberikan saingan bagi memastikan Selangor mampu melangkah jauh berbanding pada penyertaan sebelum ini, kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim, semalam.
Tiada laluan mudah
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Azman Ibrahim pula berkata: Peluang terbuka namun tidak bermakna kita mendapat undian mudah. Kami belum pernah bertemu lawan yang diundi bersama.
Beraksi di tempat lawan pasti menjadi cabaran hebat kepada Kelantan kerana terpaksa mengharungi perjalanan jauh yang mungkin boleh menjejaskan aksi atas padang, katanya.
www.bharian.com.my

#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets