
Annuar Musa
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengamalkan sikap dwistandard dalam soal penggantungan Tan Sri Annuar Musa sehingga menghalang Ahli Parlimen Ketereh itu menganggotai Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM digantung di bawah Artikel 88 FAM kerana mengkritik persatuan sukan itu dalam media tetapi sehingga sekarang, Annuar dilihat masih membuat kenyataan media mengenai pasukan Kelantan.
“Kalau (Annuar) kena gantung (FAM), biar buat dengan jelas, tetapi Ketereh (Annuar) tetap mengadakan sidang akhbar mengenai bola sepak Kelantan.
“Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang ditubuhkan ini untuk mengumpul idea, bukan soal operasi, saya lantik Ketereh kerana beliau sebagai Ahli Parlimen, sama juga dengan Jerlun (Datuk Othman Aziz).
“Tetapi disebabkan FAM sudah merujuk kepada AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia), saya akan berbincang dengan Ketereh, saya sebenarnya hendak semua terlibat dan FAM juga mesti ada dalam jawatankuasa, tetapi bila perkara ini berbangkit, seolah-olah ada dwistandard,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 dalam sidang Dewan Rakyat, semalam.
Kelmarin, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengumumkan telah menerima surat balas daripada AFC bahawa Annuar tidak boleh berada dalam Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara kerana statusnya yang masih dalam penggantungan.
Hamidin berkata, Annuar tidak boleh menganggotai jawatankuasa itu selagi berada dalam tempoh penggantungan yang berakhir 4 Oktober tahun depan.
Sementara itu, Khairy dalam satu kenyataan akhbar berasingan berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada AFC berhubung isu ini, sebelum mengadakan pertemuan dengan FAM dan Annuar untuk menyelesaikan kemelut.
Katanya lagi, beliau sudah tentu tidak mahu melihat FAM dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hanya disebabkan jawatankuasa tersebut, apatah mereka mereka memerlukan penglibatan badan bola sepak kebangsaan itu yang akan memberi pandangan mewakili liga profesiona
Dalam pada itu, Khairy berkata, Program Pembangunan Bola Sepak Negara bermatlamat mengasah bakat muda bola sepak daripada usia tujuh hingga 17 tahun.
“Sekarang, kita ada kurang 3,000 pelatih di bawah program pembangunan tetapi dengan pelan baharu, kita jangka dapat tambah 50,000 pelatih di seluruh negara,” katanya lagi.
www.utusan.com.my
#kelate.net