Wednesday, 4 December 2013

Afiq Dalam Radar KAFA ?

Muhammad Afiq Azmi
TEKA-teki siapa yang akan mengisi kuota terakhir barisan 25 pemain The Red Warriors masih lagi mencetuskan tanda tanya, namun penyerang Selangor, Muhammad Afiq Azmi disebut-sebut menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) ketika ini.
Muhammad Afiq, 25, dikatakan berada dalam radar pihak Kafa bagi memperkuatkan jentera serangan Kelantan ketika tarikh tutup pendaftaran pemain untuk saingan Liga Malaysia musim depan hanya berbaki 14 hari lagi.
Namun Ketua Pegawai Eksekutif Theredwarriors.com Sdn Bhd, Kevin Ramalingam bagaimana pun menafikan penyerang yang pernah dipinjam oleh Kelantan dalam kempen Piala Malaysia 2012 itu menjadi pilihan mereka.
“Tak ada, pihak Kafa masih belum memutuskan lagi siapa pemain ke-25 itu. Mungkin kita akan beri peluang kepada pemain skuad Piala Presiden Kelantan terlebih dahulu.
“Apa pun, segala-galanya bergantung pada keputusan jurulatih (Steve Darby). Dia  lebih tahu pemain di posisi mana yang diperlukan oleh Kelantan termasuk peluang (bukan Muhammad Afiq),” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Ketika ini dua pemain iaitu bekas pemain skuad Piala Presiden Kelantan, Mohd Haniff Mohd Nor dan pemain daripada Persatuan Bola Sepak Cina Kelantan (KCFA), Lee Chong Wee mencuba nasib bersama skuad kendalian jurulatih England itu.
www.sinarharian.com.my

#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets