Tuesday, 3 December 2013

TSAM : TRW Kilang Pemain

Annuar Musa
ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA (FAM) semalam menyaksikan pemain Kelantan pulang dengan anugerah dalam empat kategori berbeza, termasuk Pemain Paling Berharga (MVP).
Ekoran itu, penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan pasukan Pantai Timur itu sebagai satu institusi yang sangat efektif dalam menghasilkan pemain-pemain berkualiti.
Pada majlis anugerah yang diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, ketua pasukan The Red Warriors (TRW) Mohd Badhri Radzi dinamakan sebagai Pemain Paling Berharga (MVP) Liga Malaysia (Liga M).
Badhri juga menggungguli kategori Pemain Tengah Terbaik sementara Khairul Fahmi Che Mat dan bekas penyerang Mohd Norfarhan Muhammad masing-masing menggondol anugerah Penjaga Gol Terbaik dan Penyerang Terbaik.
“Saya ucapkan tahniah kepada pemain TRW yang menerima anugerah walaupun sudah ada yang berpindah pasukan tahun depan. Ini menunjukkan Kelantan berupaya melahirkan pemain cemerlang malah sudah beberapa tahun Anugerah MVP sentiasa bersama kita.
“Dulu anugerah MVP milik Matyo (Norshahrul Idlan Talaha) tapi sekarang berpindah kepada Piya (Mohd Badhri Radzi). Bermakna bukan individu tapi TRW itu sendiri adalah kilang melahirkan MVP,” kata Annuar.
Kejayaan membolot empat anugerah tersebut bertambah manis apabila penyokong Kelantan turut menerima pengiktirafan sebagai Kelab Penyokong terbaik musim ini.
“Tahniah kepada penyokong TRW kerana akhirnya diiktiraf sebagai penyokong terbaik. Namun bagi saya masih ada kelemahan daripada segi cara memberi sokongan yang masih boleh dipertingkatkan.”
www.sports247.my

#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets