Monday, 16 December 2013

Barca Kukuh Cengkaman Liga

Madrid: Barcelona menjarakkan diri daripada Real Madrid dengan lima mata di puncak La Liga selepas menang 2-1 ke atas Villarreal kelmarin, menyaksikan Neymar menjaringkan dua gol.
Madrid pula bangkit dari ketinggalan 2-0 dengan 10 pemain untuk mengikat pasukan bawahan Osasuna, 2-2 pada perlawanan yang menyaksikan Gareth Bale dibuang padang.

Barca yang berada di puncak prestasi selepas menang 6-1 ke atas Celtic dengan Neymar (gambar) melakukan hatrik, sekali lagi memerlukan penyerang Brazil itu untuk meraih kemenangan. Neymar menjaringkan gol pertama menerusi sepakan penalti selepas Mario Gasper menahan hantaran lintang Jordi Alba menggunakan tangannya, pada minit ke-30.
Villarreal menyamakan kedudukan tiga minit selepas babak kedua dimulakan apabila Mario Musacchio menyudahkan sepakan penjuru Manu Trigueros.

Namun Neymar menyelamatkan Barca apabila meledakkan jaringan ketika permainan berbaki 22 minit untuk ditamatkan, menyudahkan hantaran Alexis Sanchez.

“Selain perlawanan Piala Super menentang Atletico Madrid yang kami menang trofi, perlawanan ini juga memberikan kepuasan tertinggi sejak saya mengambil alih,” kata jurulatih Barca, Gerardo Martino.
“Kami berjaya mencapai tahap konsisten pada tiga perlawanan terakhir menentang Cartagena, Celtic dan hari ini.

“Kemenangan ini amat bermakna kerana kami menang ke atas pasukan berkualiti, bukan disebabkan Madrid keciciran mata saja.
Terdahulu, Madrid hampir menerima kekalahan ketiga liga musim ini apabila ketinggalan dua gol ketika menentang Osasuna menerusi dua jaringan Oriol Riera dalam tempoh 39 minit. - AFP

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets