Saturday, 14 December 2013

Gerrard Rehat Sebulan

London: Kapten Liverpool Steven Gerrard tidak boleh beraksi sekurang-kurangnya empat minggu selepas mengalami kecederaan hamstring hujung minggu lalu, kata pengurus Brendan Rodgers.
Gerrard cedera ketika Liverpool menewaskan West Ham United, 4-1 pada saingan Liga Perdana, Sabtu lalu dan terpaksa dikeluarkan selepas beraksi hanya 56 minit di Anfield.
“Steven tidak boleh beraksi empat minggu atau lebih,” kata Rodgers dalam laman web rasmi kelab Merseyside itu (www.liverpoolfc.com).
“Dia perlu menjalani program pemulihan intensif beberapa minggu dan kami harap dapat kembali menagih khidmatnya awal tahun depan.
“Tetapi berdasarkan pemantauan awal, dia pasti tidak boleh bermain empat hingga enam minggu dan selepas itu, kami akan lihat semula sama ada dia sudah boleh diturunkan atau tidak.” Sementara itu, Rodgers beroleh khabar gembira berhubung rakan Gerrard yang juga pemain tengah England, Jordan Henderson yang sebelum ini diterjah keras kapten West Ham Kevin Nolan.
Nolan dilayang kad merah atas tindakannya itu.
“Jordan menjalani latihan seperti biasa dan berada dalam keadaan baik,” kata Rodgers.

“Kami hanya mengambil langkah berjaga-jaga dan mahu melihat kecederaan dialaminya.

Terjahan itu keras tapi kami gembira dia tidak cedera teruk.” - Reuters

#hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets