Penumpang satu perkara yang biasa dilihat pada setiap temasya sukan sama ada Sukan SEA, Asia, Komanwel mahupun Olimpik.
Ada dua kategori pertama ‘atlet penumpang’ dan keduanya ‘pegawai penumpang’.
Atlet penumpang dimaksudkan adalah atlet yang gagal menyumbang sesuatu kepada kontinjen negara atau pemain simpanan yang hanya memerhatikan rakan beraksi.
Atlet penumpang dimaksudkan adalah atlet yang gagal menyumbang sesuatu kepada kontinjen negara atau pemain simpanan yang hanya memerhatikan rakan beraksi.
Pegawai yang saya maksudkan pula adalah ‘rombongan’ yang dilihat tidak menyumbang apa-apa kecuali mungkin memberikan sokongan kepada skuad negara di beberapa gelanggang pertandingan.
Mereka biasanya mengiringi Menteri atau Chef de Mission dan tidak terkecuali di Nay Pyi Taw kali ini apabila ramai ‘Pemuda UMNO’ dilihat mengiringi Khairy Jamaluddin Abu Bakar di setiap gelanggang pertandingan.
Malah rakan saya mengenali seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian turut ke sini selain watak yang tidak asing lagi Tan Sri Annuar Musa yang pernah memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan ketika saya mula bertugas sebagai wartawan sukan pada awal 1990-an.
Itu yang saya dan rakan kenali, belum lagi yang kami tidak kenali namun tampil dengan tag ‘Observer’ atau ‘Pemerhati’. Ramai juga yang memakai tag sebegini.
Untuk apa dan apa faedahnya Pemuda UMNO ini hadir beramai-ramai di Myanmar?.
Ini penyalahgunaan pas Sukan SEA yang tidak seharusnya dibenarkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan memantau senarai nama permohonan pas Pemerhati atau VIP terutama daripada Majlis Sukan Negara (MSN).

Budaya ‘penumpang’ ini perlu dikikis segera supaya ia tidak menjadi barah kerana sudah tentu kehadiran mereka di sini menggunakan duit rakyat.
Hmetro.com.my