Saturday, 14 December 2013

Annuar Undur

Kuala Lumpur: Tan Sri Annuar Musa membuat keputusan mengejut melepaskan semua jawatan dalam persatuan bola sepak termasuk jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkuat kuasa serta-merta.
Annuar turut akan melepaskan jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermula dari tempoh penggantungan beliau sejak 4 April 2012 selain menarik diri daripada menganggotai Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara bagi memastikan FAM mempunyai wakil dalam jawatankuasa berkenaan. 
Beliau yang juga Anggota Parlimen Ketereh berharap tindakan itu dapat menjernihkan semula hubungan dingin antara Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan FAM berikutan perlantikannya dalam jawatankuasa itu yang dibantah FAM. 

“Bagaimanapun saya akan terus membantu bola sepak negara amnya dan bola sepak Kelantan khususnya atas sifat saya sebagai wakil rakyat dan juga seorang peminat sukan ini,” katanya.
Foto
ANNUAR (kiri) melepaskan semua jawatan termasuk Presiden KAFA.

Sebelum ini, FAM memutuskan pelantikan Annuar sebagai anggota jawatankuasa program itu tidak sah kerana beliau masih dalam tempoh penggantungan hingga 4 Oktober 2014.

Annuar digantung dua tahun setengah pada April tahun lalu kerana mengeluarkan kenyataan akhbar terhadap skuad bola sepak kebangsaan yang melanggar Artikel 88 Statut FAM. 

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut dilapor menetapkan individu yang digantung tidak dibenarkan terbabit dalam mana-mana aktiviti berkaitan bola sepak.

hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets