Paris: Kelab gergasi Sepanyol Barcelona berdepan cabaran getir selepas diundi menentang Manchester City pada pusingan kedua Liga Juara-Juara manakala juara bertahan, Bayern Munich menentang Arsenal pertembungan kedua berturut-turut di peringkat sama.
Itulah pengajaran yang perlu diambil kira kelab Inggeris itu dan mereka perlu sedar masalah yang bakal menanti jika gagal menamatkan saingan selaku juara kumpulan.
Manchester United dan Chelsea, kedua-duanya juara kumpulan, diundi bertemu Olympiakos dan Galatasaray.
City ketinggalan satu gol berbanding Bayern sekali gus gagal membolehkan mereka berada di kedudukan teratas walaupun menang 3-2 pada perlawanan terakhir sebelum ini.
Jurulatih Barcelona Gerardo Martino berkata, berdasarkan keputusan undian itu, tidak ada pasukan yang gembira.
“City juga sudah tentu tidak mahu bertemu Barcelona,” katanya. “Yang penting sekarang ialah kami perlu menyiapkan diri pada Februari. Kami perlu berada di prestasi terbaik.

BEKAS bintang Portugal, Luis Figo mencabut undi.
“Ketika ini mereka menjaringkan banyak gol. Kami menumpukan perhatian untuk bermain baik dan sudah tentu mahu menang.” Walaupun terpaksa bertemu juara 2009 dan 2011, Pengarah Bola Sepak City Txiki Begiristain berkata, beliau tetap gembira.
“Memang ia sukar tetapi kami gembira kerana berada di kejohanan ini untuk menang,” katanya.
“Ia keputusan undian yang baik dan perlawanan dua kelab besar ini pastinya menarik. Sebelum ini, kami bermain di Munich dan menang ke atas juara bertahan. Ia memberikan kami keyakinan tinggi.” Arsenal hampir pasti bergelar juara kumpulan walaupun tewas 2-0 di tangan Napoli tetapi jaringan lewat permainan oleh Borussia Dortmund di Marseille menggagalkan hasrat itu.
Musim lalu, Arsenal bertemu Bayern di peringkat kalah mati dan tewas 3-1 di Emirates tetapi menang 2-0 di Allianz Arena dan tersingkir menerusi kiraan gol di tempat lawan.
Arsenal tidak bernasib baik di peringkat kalah mati sejak beberapa tahun lalu apabila terpaksa bertemu AC Milan pada 2012 dan Barcelona pada 2011.
Pada 2010, selepas menewaskan Porto di peringkat kalah mati, mereka terpaksa bertemu Barcelona di suku akhir. - AFP
Hmetro.com.my