Tuesday, 17 December 2013

Tottenham Pecat AVB

London: Andre Villas-Boas dipecat selaku pengurus Tottenham Hotspur selepas 17 bulan memikul tanggungjawab selaku pembimbing, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, semalam.
Keputusan itu dibuat selepas Spurs dibelasah 5-0 oleh Liverpool di White Hart Lane dan kelab utara London itu kini menduduki tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris. “Kelab sudah boleh mengumumkan kami mencapai persetujuan dengan ketua jurulatih, Andre Villas-Boas untuk menamatkan khidmatnya,” kata kenyataan disiarkan di dalam laman web rasmi Tottenham.

“Keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan selepas mengambil kira kepentingan semua pihak. Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Andre. Kami akan membuat pengumuman lanjut berkaitan perkara ini dalam masa terdekat.” Villas-Boas, 36, turut menyaksikan anak buahnya ditundukkan 6-0 di Manchester City bulan lalu walaupun kelabnya membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan pemain baru sebelum musim ini bermula.
Perbelanjaan itu bagaimanapun gagal menebus kekecewaan peminat apabila Gareth Bale dijual ke Real Madrid dan Spurs hanya berupaya menjaringkan 15 gol sepanjang 16 aksi liga sejak ketiadaan pemain itu.

Pemecatan Villas-Boas menjadi kegagalan keduanya di Liga Perdana Inggeris kerana sebelum ini, beliau turut dipecat Chelsea pada Mac 2012 selepas hanya sembilan bulan membimbing skuad Stamford Bridge itu.

Beliau menyertai Spurs empat bulan kemudian dan walaupun berjaya membawa kelab itu mengumpul 72 mata musim lalu, mereka tetap gagal melangkah ke Liga Juara-Juara. - AFP
Foto
ANDRE Villas -Boas
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets