Tuesday, 17 December 2013

Gesa Pengadil Lindungi Januzaj

Birmingham: Di sebalik kemenangan 3-0 Manchester United ke atas Aston Villa, pengurus Red Devils David Moyes menggesa pengadil supaya memberi perlindungan lebih baik kepada pemain sayapnya, Adnan Januzaj.
Dua gol dalam tempoh tiga minit pada babak pertama yang dihasilkan Danny Welbeck dan Tom Cleverley pada minit ke-52 memastikan United mengatasi tuan rumah, kemenangan pertama peringkat liga sepanjang lima perlawanan.

Bagaimanapun, Moyes tidak gembira dengan kekasaran demi kekasaran yang dilakukan pemain lawan ke atas Januzaj, pemain muda kelahiran Belgium dan mahu pengadil mengambil tindakan.
“Dia disepak dengan sengaja oleh pemain lawan pada setiap perlawanan,” kata Moyes. “Saya tidak tahu berapa kali dia menerima terjahan dalam dua atau tiga perlawanan sebelum ini.

“Saya tidak puas hati dengan pegawai keempat perlawanan dan pengadil. Pemain akan terus dikasari jika tidak dilindungi.

“Ia sesuatu yang amat teruk apabila mereka membiarkan insiden seperti itu berlaku. Pemain ini mempunyai bakat besar. Ia bukan soal pemain ini saja, saya fikir mereka berbaris untuk mengasarinya selepas ini.
“Banyak terjahan dilakukan pemain berbeza. Pengadil perlu memikirkannya kerana pemain lawan suka mengasari Adnan. Perkara sama berlaku minggu lalu.” - AFP

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets