Tuesday, 17 December 2013

Hadiah Terbaik Krismas

London: Kapten Chelsea John Terry menyasarkan untuk memastikan pasukannya berada di puncak Liga Perdana menjelang Krismas namun mengakui mereka perlu meningkatkan kemampuan untuk mencapai kemenangan di Arsenal minggu depan kerana hanya kemenangan yang mampu membolehkan mereka mengambil alih tempat selaku pendahulu.
Chelsea meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Crystal Palace Sabtu lalu, sekali gus merapatkan jurang dengan Arsenal kepada dua mata selepas kelab utara London itu diratah Manchester City 6-3 pada hari sama.

Chelsea akan ke Emirates Isnin depan untuk pertembungan setempat London sambil berharap mereka mampu menghadirkan kekalahan ketiga berturut-turut buat Gunners selepas pasukan itu hilang arah di Manchester dan kekalahan kedua selepas tewas kepada Napoli dalam Liga Juara-Juara.
“Kami berpeluang merampas kedudukan teratas liga apabila berkunjung ke Arsenal minggu depan,” kata Terry.

“Mereka dibelasah, namun mereka juga sebuah pasukan yang bagus terutamanya di laman sendiri.

“Perlawanan itu pasti sukar namun saya rasa, kami bermotivasi untuk ke sana dan menewaskan mereka sekali gus berada di tangga teratas liga sebelum Krismas dan sebelum menyambutnya pasti bagus jika berada di puncak.” Pengurus Chelsea Jose Mourinho sekali lagi mengkritik pasukannya yang mensia-siakan beberapa peluang menjaringkan gol di laman sendiri ketika menentang pasukan bawahan, Palace di Stamford Bridge.
Aksi buruk itu adalah susulan dari kekalahan 3-2 kepada Stoke City di laman lawan minggu lalu biarpun mereka menguasai perlawanan.

Kelemahan pertahanan juga hampir mengundang padah ketika mereka menang 4-3 ke atas pasukan tercorot, Sunderland namun Terry tidak bimbang.
“Bagi saya, kami mesti meningkatkan prestasi dan saya yakin kami mampu kerana kami berada di posisi terbaik untuk melakukannya.

“Apa yang berlaku dalam perlawanan lalu, kami tidak kecewa kerana kami tahu, sebagai satu pasukan kami mampu menjadi lebih baik.” - Reuters
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets