Monday, 16 December 2013

Mitchell Puas Pelasah TRW

Alor Setar: Prestasi cemerlang barisan pemain Kedah ketika membenam Kelantan 3-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Darulaman, Jumaat lalu berjaya mengukirkan senyuman di wajah jurulatih David Mitchell.
Setelah hanya berlatih sembilan hari, skuad Kenari mempamerkan persefahaman baik dan kepantasan untuk mengecewakan skuad juara Piala FA itu.

Namun kekuatan Kelantan tidak boleh diukur kerana mereka beraksi tanpa import.
Namun itu tidak boleh dijadikan alasan kerana Kelantan dibarisi ramai pemain berpengalaman berbanding Kedah menampilkan pemain muda.

Menurut Mitchell, pemainnya memerlukan sedikit masa lagi bagi memahami corak permainan yang diterapkan.

“Saya memang puas hati dengan prestasi semua pemain dan kagum aksi penyerang Khyril Muhymeen yang merobek gawang Kelantan dikawal penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi,” katanya.
Beliau yakin kombinasi Khyril dan Billy Osman Mehmet mampu menyerlah apabila Liga M bermula tahun depan,” katanya.

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets