Tuesday, 17 December 2013

Jaringan Costa Julang Atletico

Madrid: Atletico Madrid menyertai Barcelona di tangga teratas La Liga selepas dua jaringan Diego Costa membantu mereka menang 3-0 ke atas Valencia, kelmarin.
Selepas mempamerkan aksi mengecewakan di babak pertama, Costa membuka jaringan dengan bergaya menerusi satu percubaan individu pada minit ke-59.

Pemain gantian, Raul Garcia meledak jaringan selepas mengutip bola muntah dalam kawasan untuk memastikan tiga mata penuh.
Sepakan penalti Costa diselamatkan Diego Alves tetapi dia tidak melakukan sebarang kesilapan apabila mendapat peluang kedua menyudahkan sepakan penalti enam minit kemudian untuk berkongsi kedudukan dengan Cristiano Ronaldo sebagai penjaring terbanyak La Liga dengan 17 gol setakat ini.

Atletico dan Barca berkongsi 43 mata selepas 16 perlawanan, kini memiliki kelebihan lima mata ke atas Real Madrid selepas Los Blancos sekadar seri 2-2 di Osasuna, Sabtu lalu.

“Jaringan pertama kunci utama kerana ia menghidupkan permainan dan saya berasa sangat gembira terhadap prestasi separuh masa kedua,” kata pengurus Atletico Diego Simeone.
Hanya perbezaan jaringan memisahkan Atletico dan Barca ketika saingan musim tiba ke peringkat pertengahan dan Simeone enggan bercakap mengenai peluang skuadnya mencabar gelaran.

“Angka dimiliki Barcelona dilakukan mereka sejak beberapa tahun lalu dan ia begitu luar biasa.
“Mereka hebat sekalipun tanpa (Lionel) Messi, mereka berterusan mencipta kemenangan dengan mudah. Mereka adalah pasukan yang sangat sukar untuk dihadapi.

“Kami perlu kekal fokus terhadap apa yang realistik kerana itulah yang kami ada pada peringkat ini sekarang.” - AFP

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets