Monday, 16 December 2013

Pemain Arsenal Tertekan

Manchester: Pemain tengah England Jack Wilshere kemungkinan bakal berdepan hukuman Persatuan Bola Sepak England selepas beliau didakwa membuat isyarat lucah ketika Arsenal tumpas 6-3 kepada Manchester City di Etihad Stadium.
Tayangan televisyen jelas menunjukkan Wilshere yang kecewa dengan kekalahan itu membuat isyarat jari tengah pada babak kedua dalam perlawanan yang menyaksikan pendahulu liga itu kini hanya mendahului City dengan tiga mata saja.

Perbalahan antara pemain Arsenal Per Mertesacker dan Mesut Ozil tercetus ketika meninggalkan padang namun pengurus Arsene Wenger menafikan mengenai insiden itu.
“Itu perkara biasa antara pemain Jerman!” kata Wenger secara berseloroh. “Jangan bimbang, mereka boleh menyelesaikan masalah itu sendiri.” Bagaimanapun FA England dijangka akan melihat perbuatan Wilshere itu dengan serius dan walaupun pengadil Martin Atkinson tidak menyatakan insiden itu dalam laporan perlawanan, badan induk itu mempunyai kuasa untuk membuat dakwaan kepada pemain antarabangsa England itu.

Bintang Liverpool Luis Suarez dikenakan hukuman penggantungan satu perlawanan atas kesalahan yang sama dua musim lalu.

“Saya tidak melihat insiden itu,” kata Wenger mengenai tindakan Wilshere itu. “Saya tidak tahu sama ada dia melakukannya. Jika dia buat dan didenda, kami akan menerima keputusan itu.” Walaupun City sudah menjaringkan 31 gol dalam enam perlawanan terakhir di laman sendiri termasuk enam gol menentang Tottenham Hotspur dan empat gol ke atas Manchester United, Wenger enggan menerima pandangan bahawa skuad kendalian Manuel Pellegrini adalah pencabar utama Arsenal bagi merebut gelaran.

“Saya tidak tahu. Kita akan lihat,” kata Wenger ketika ditanya sama ada kekalahan itu memberi impak penting dalam kempen liga. - AFP

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets