Wednesday, 18 December 2013

Salah Diri : Hamidin

Kuala Lumpur: “Salahkan diri sendiri”.
Itu antara reaksi Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin kepada skuad futsal lelaki negara.

Barisan kendalian Maizal Hairi Marzuki gagal melangkah ke separuh akhir apabila terikat 4-4 dengan Myanmar dan tewas 4-5 kepada Indonesia dan terpaksa menunggu keputusan perlawanan Myanmar menentang Indonesia yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Susulan itu satu surat dihantar Pengerusi Jawatankuasa dan Bola Sepak Pantai FAM Datuk Hamdan Mohamed Khalid kepada jawatankuasa penganjur tempatan dan AFC dengan Hamdan menyifatkan keputusan berkenaan seolah-olah sudah dirancang.
“Seperti yang saya katakan kepada skuad futsal, mereka perlu menyalahkan diri sendiri kerana meletakkan kedudukan dalam situasi berkenaan.
“Kami akan menjalankan ‘post-mortem’ kegagalan ini kerana sudah berbelanja besar mempersiapkan pasukan,” katanya yang tidak menolak kemungkinan berlakunya perubahan drastik dalam aspek kejurulatihan selepas ini.
Sementara itu Hamidin menganggap kemampuan skuad wanita negara melangkah ke separuh akhir amat membanggakan.
“Ia satu kejayaan selepas 10 tahun gagal layak ke separuh akhir. Sasaran kita sekurang-kurangnya sebutir pingat gangsa,” katanya.
Skuad wanita negara turun menentang juara bertahan, Vietnam pada separuh akhir hari ini.
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets