Monday, 16 December 2013

Chelsea Rendah Diri

London: Jose Mourinho menegaskan bahawa gelaran Liga Perdana hanya akan diputuskan sehingga ke detik terakhir musim selepas Chelsea meletakkan diri mereka berpeluang di kedudukan teratas liga sebelum perayaan Krismas.
Kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace kelmarin menyaksikan skuad bimbingan Mourinho naik ke kedudukan kedua, hanya dua mata di belakang Arsenal.

Perlawanan seterusnya bagi Chelsea dalam liga adalah berkunjung ke Stadium Emirates menentang Arsenal dan kemenangan di utara London itu akan meletakkan mereka di puncak liga sebelum musim perayaan.
Meskipun prospek buat Chelsea secara tiba-tiba saja cerah, Mourinho cuba merendah diri namun mendakwa pencabar liga lain mula merasai kehangatan dalam perlumbaan merebut kejuaraan.

“Saya rasa liga ini mencapai kemuncaknya pada Disember dan Januari nanti, kedudukan belum benar-benar meruncing kerana saya meramalkan bahawa perebutan akan berlanjutan sehingga saat akhir.

“Setiap perlawanan amat menyukarkan, jarak dibuka kemudian dirapatkan kembali, saya jangka amat getir.” “Semestinya kami mahu menang di Arsenal dengan matlamat menduduki tangga teratas liga. Namun saya tidak menganggap perlawanan itu sebagai penentu.” Mourinho berkata, pasukannya dalam proses meningkatkan prestasi dan persembahan skuadnya itu langsung tidak meyakinkan ketika menentang Palace.
Meskipun sedar banyak lagi menanti pasukannya, Mourinho yakin kejayaan pasukan melonjak ke kedudukan kedua liga akan menyemarakkan lagi keyakinan pemain. - AFP

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets