Monday, 16 December 2013

Tunggu Hingga Akhir : Mourinho

London: Jose Mourinho menegaskan bahawa gelaran Liga Perdana hanya akan diputuskan sehingga ke detik terakhir musim selepas Chelsea meletakkan diri mereka berpeluang di kedudukan teratas liga sebelum perayaan Krismas.
Kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace kelmarin menyaksikan skuad bimbingan Mourinho naik ke kedudukan kedua, hanya dua mata di belakang Arsenal.

Perlawanan seterusnya bagi Chelsea dalam liga adalah berkunjung ke Stadium Emirates menentang Arsenal dan kemenangan di utara London itu akan meletakkan mereka di puncak liga sebelum musim perayaan.
Meskipun prospek buat Chelsea secara tiba-tiba saja cerah, Mourinho cuba merendah diri namun mendakwa pencabar liga lain mula merasai kehangatan dalam perlumbaan merebut kejuaraan.

“Saya rasa liga ini mencapai kemuncaknya pada Disember dan Januari nanti, kedudukan belum benar-benar meruncing kerana saya meramalkan bahawa perebutan akan berlanjutan sehingga saat akhir.


“Setiap perlawanan amat menyukarkan, jarak dibuka kemudian dirapatkan kembali, saya jangka amat getir.” - AFP

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets